Rahasia Tuhan Dalam Bulan Kelahiran

Rahasia Tuhan Dalam Bulan Kelahiran. Manusia adalah makhluk yang paling sempurna yang pernah ciptakan tuhan. Kepada makhluk yang paling sempurna itulah tuhan menitipkan alam ini untuk dikelola dan dimanfaatkan untuk kesekahteraan umat manusia itu sendiri. Sebagai makluk ciptaan, tuhan tentunya maha kuasa untuk membuat dan mencipta sesuai dengan kehendaknya. Namun demikian, tuhan telah mempersilahkan kepada seluruh umat manusia untuk mempelajari dan memperhatikan seluruh kejadian yang ada di alam dengan tujuan untuk kebaikan manusia seperti bulan manusia itu dilahirkan dan hubungannya serta pengaruhnya dengan watak dan karakter manusia seperti berikut :

Bulan Januari. Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik. Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungannya. Suka pada kecantikan, kerapian dan teratur. Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam. Pandai mengambil hati orang lain. Pendiam kecuali telah dirangsang. Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi. Mudah mendisiplinkan diri sendiri. Badannya sihat tetapi mudah diserang salesma. Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya. Cukup sayang pada anak-anak. Suka duduk di rumah. Setia pada segala-galanya. Perlu belajar kemahiran bersosial. Sifat cemburu yang sangat tinggi

Bulan Februari. Berfikiran abstrak. Suka akan benda yang nyata dan abstrak. Bijak dan pintar. Berpewatakan yang mudah berubah. Mudah menyenagkan orang lain. Agak pendiam.Pemalu dan rendah diri. Jujur dan setia pada segalanya. Keras hati untuk mencapai keinginan.Tidak suka dikekakang. Mudah memberontak apabila dikekakang. Suka kegiatan yang sibuk / kesibukan. Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif. Mudah memamerkan marahnya. Tidak suka benda kecil yang tidak penting Suka berkawan tapi kurang memamerkannya. Sangat berani dan suka memberontak. Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya. Pemerhatian yang tajam. Suka hiburan dan keramaian. Suka benda yang bersifat seni. Sangat romantik jiwanya tetapi tidak pada prilakukanya. Berkecenderungan pada benda yang tahyul. Amat mudah dan bisa menjadi terlalu boros. Belajar untuk memamerkan emosi

Bulan M a r e t. Berpenampilan menarik dan menyenangkan. Mudah didampingi. Sangat pemalu dan pemendam rasa. Sangat baik perbuatannya, jujur pemurah dan mudah simpati. Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam sekitar. Suka pada kedamaian. Sangat peka pada orang lain. Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain. Tidak cepat marah dan sangat amanah. Tahu membalas dan mengenang budi. Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam. Kecenderungan untuk mendendam jika tidak diawasi. Suka berangan-angan. Suka melancong.Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi. Cendrung susah dalam memilih pasangan. Suka dengan hiasan rumahtangga.Punya bakat seni dalalm bidang musik. Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik. Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

Bulan A p r i l. Sangat aktif dan dinamik. Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal. Sangat menarik dan pandai menjaga diri. Punya daya mental yang sangat kuat. Suka diberi perhatian. Sangat diplomatik (pandai memujuk ). Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. Sangat berani dan tiada perasaan takut. Suka hal yang tertata, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. Emosi cepat terusik. Coba menjaga perasaan. Kecenderungan bersifat pendendam. Agresif dan Cendrung susah dalam membuat keputusan. Kuat daya ingatan. Gerak hati yang sangat kuat. Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. Berpenyakit disekitar kepala dan dada. Sangat cemburu dan terlalu cemburu

Bulan M e i. Keras hati & tegas. Kuat semangat & bermotivasi tinggi. Pemikiran yang tajam. Mudah marah apabila tidak diperhatikan. Pandai menarik hati & perhatian orang lain. Perasaan yang amat mendalam. Cantik dari segi mental & fizik. Tidak perlu dimotivasikan. Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain. Mudah dibujuk. Bersikap sistematik (otak kiri). Suka berangan. Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu. Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. Daya khayalan yang tinggi. Permikiran yang tajam. Pandai berdebat. Fizik yang baik. Kelemahan sistem pernafasan. Suka sastera, seni & musik serta melancong. Tidak suka duduk di rumah. Tidak suka duduk diam. Tidak punya anak banyak. Rajin dan bersemangat tinggi. Agak boros

Bulan J u n i. Berfikiran jauh & berwawasan. Mudah ditawan kerana sikap baik. Berperangai lemah lembut. Mudah berubah sikap, perangai, ide dan mood. Ide yang terlalu banyak di kepala. Bersikap sensitif. Mempunyai pemikiran yang aktif (senantiasa berfikir). Sukar melakukan sesuatu dengan segera. Bersikap suka menunda – nunda urusan. Bersikap terlalu memilih & mau yang terbaik. Cepat marah & cepat damai. Suka bercerita & berdebat. Suka buat melucu & bercanda. Otaknya cerdas berangan-angan. Mudah berkawan & pandai berkawan. orang yang sangat tertib. Pandai memamerkan sikap. Mudah kecil hati. Mudah kena salesma. Suka berkemas. Cepat rasa bosan. Sikap terlalu memilih & cerewet. Kurang memamerkan perasaan. Lambat untuk sembuh apabila terluka hati. Suka pada barang yang bermerk. Mudah menjadi eksekutif. Kekeras kepalaan yang tidak terjaga. Siapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

Bulan J u l i. Sangat suka didamping. Banyak berahasia dan sukar dimengerti terutama lelaki. Agak pendiam kecuali dirangsang. Ada harga dan memamerkan diri. Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. Mudah dibujuk dan berkata jujur. Sangat menjaga hati orang lain. Sangat peramah. Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. Berjiwa sentimental. Jarang mendendam. Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. Tidak suka benda benda kecil yang tidak penting. Membimbing cara fisik dan mental. Sangat peka, mengambil tanggungjawab dan mengasihi serta penyayang. Layanan yang sama terhadap semua orang. Tinggi daya simpati. Pemerhatian yang tajam. Suka menilai orang lain melalui pengamatan. Mudah dan rajin belajar. Suka muhasabah diri. Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama. Suka mendiamkan diri. Suka duduk di rumah. Suka berkawan tapi tak mencari kawan. Tidak agresif kecuali terpaksa. Lemah dari segi kesihatan perut. Mudah gemuk kalau tak menjaga diet. Minta disayangi. Mudah terluka hati tapi lambat pulih. Terlalu mengambil tanggungjawab. Rajin dalam membuat kerja

Bulan Agustus. Suka melawak. Mudah senang padanya. Sopan santun dan mengambil tanggungjawab terhadap orang lain. Berani dan tidak kenal takut. Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan. Pandai merayu orang lain. Terlalu pemurah & bersikap ego. Nilai harga diri yang sangat tinggi. Haus pujian. Semangat juang yang luar biasa. Cepat marah & mudah mengamuk. Mudah marah apabila ucapannya dilawan. Sangat cemburu. Daya pemerhatian yang tajam & teliti. Cepat berfikir. Fikiran yang berdikari. Suka memimpin & dipimpin. Sifat suka berangan - angan. Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat. Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit. Belajar untuk tenang. Sikap Cendrung susah. Romantik, pengasih dan penyayang. Suka mencari kawan

Bulan September. Sangat bersopan santun & pengertian. Sangat cermat, teliti & teratur. Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik. Pendiam tapi pandai bercerita. Sikap sangat dingin, sangat baik & mudah simpati. Sangat prihatin & terperinci, amanah, setia & jujur. Kerja yang dilakukan sangat sempurna. Sangat sensitif yang tidak diketahui. orang yang banyak berfikir. Daya pentaakulan yang baik. Otak bijak & mudah belajar. Suka mencari informasi. Menjaga diri dari terlalu mengkritik. Pandai mendorong diri sendiri. Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia. Suka sukan, hiburan & melancong. Kurang menunjukkan perasaannya. Terluka hatinya sangat lama disimpan. Terlalu memilih pasangan. Sukakan benda yang luas. Bersistematik

Bulan Oktober. Suka berbual. Suka orang yang sayang padanya. Suka ambil jln tengah. Sangat menyenangkan & sopan santun. Kecantikan luar & dalam. Tidak pandai berbohong & berpura-pura. Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan. Sentiasa berkawan. Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama. Cepat marah. Macam pentingkan diri sendiri. Tidak menolong orang kecuali diminta. Suka melihat dari perspektifnya sendiri. Tidak suka terima pandangan orang lain. Emosi yang mudah terusik. Suka berangan & pandai bercerita. Emosi yang cendrung susah. Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan). Suka melancong, bidang sastera & seni. Pengasih, penyayang & lemah lembut. Romantik dalam percintaan. Mudah terusik hati & cemburu. Mengambil tanggungjawab tentang orang lain. Suka kegiatan luar. orang yang adil. Boros & mudah dipengaruhi lingkungan. Mudah patah semangat

Bulan November. Banyak ide dalam persoalan. Sukar untuk dimengerti atau difahami sikapnya. Berfikir kedepan. unik dan bijak. Penuh dengan ide-ide baru yang luar biasa. Pemikiran yang tajam. Daya firasat yang sangat halus dan tinggi. Sesuai jadi seorang doktor. Cermat dan teliti. Penampilan yang dinamik. Sifat yang berahsia, pandai menyelidik dan mencari rahsia. Banyak berfikir, kurang bercerita tetapi mesra. Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran. Terlalu keras kepala dan keras hati. Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya. Tak suka marah kecuali digugat. Mudah mengambil tanggungjawab terhadap orang lain. Pandai muhasabah diri. Cara berfikir yang lain dari orang lain. Otak yang sangat tajam.Pandai mendorong diri sendiri. Tidak hargai pujian. Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu dicoba sampai berhasil. Badan yang gemuk. Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik. Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang. Suka duduk di rumah. Sangat rajin dan berkemampuan tinggi. Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia. Tidak berapa berhasil dalam menjaga emosi. Bercita-cita tinggi. Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

Bulan Desember. Sangat setia dan pemurah,bersifat patriotik. Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan. Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa. Bercita-cita tinggi. Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi. Seronok bila didampingi. Suka bergaul dengan orang. Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai. Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur. Tidak pandai berpura-pura. Cepat marah. Perangai yang mudah berubah-ubah. Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi. Benci pada kungkungan suka berlawak. Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Ini bukanlah sebuah ramalan, tapi hanya sebuah analisa yang belum tentu benar karena tuhan adalah zat yang maha kuasa dan tidak akan pernah kehilangan dan kekurangan ide dan gagasan dalam peroses penciptaan yang menjadi sifat-Nya. Tuhan tidak pernah membuat satu bentuk persisi sama dengan bentuk yang lain. Satu karakter persisi sama dengan karakter yang lain. Satu kejadian persis sama dengan kejadian yang lain. Jadi janganlah mempercayai segala sesuatu itu secara mutlak. Jadikanlah tulisan ini hanya sebagai bahan hiburan yang mungkin bermanfaat. Terimakasih

( Oleh : Dr. Fadzilah Kamsah : sumber : tidak ingat lagi. Maklum udah tua. )

loading...

This article may also you need...!!!




No comments:

Post a Comment